Sy masih mengingati kata-kata seorang pelajar cemerlang yang merupakan ketua pengawas di sekolah..Ramai org suka berfikir tentang perkara lampau.., ramai juga berfikir tentang perkara yg akan datang..Tp sedarkah bahawa apa yg dialami sekarang adalah lebih penting?
Hakikatnya sy harus kuat..lebih tabah pada tahun hadapan. Plan, plan n plan.
Plan jangkamasa pendek : urus baju and rumah, belajar memasak, pusing modal menjual n explore lg perkara2 baru..,bahan akademik, dan halaqah
Plan jangkamasa setahun : bajet baju, kewangan, bisnes, rumah sewa, praktikum, study n dkwh yg smart....
Kadang-kadang rasa sepi dan takut dtg dalam diri., ujian yang singgah menyebabkan saya terasa lelahnya..tp sy fikir..,inilah kebiasaan emosi yg perempuan alami.. Alhamdulillah Allah telah memberi nikmat tarbiyah, serta biah yg solehah. Sy tidak mempunyai alasan untuk bersedih atau berkecil hati lagi..Kecil hati itu adat, tp makin kecil hati..,nanti takda hatilah! Ada banyak perkara yang dapat dilakukan daripada mengenangkan perbuatan-perbuatan manusia.
Lihat saja Rasulullah, punyai sahabat sebaik Abu Bakar dll..,tp punyai musuh, Yahudi dan kafir laknatullah..berbalik kpd situasi tersebut, koreksi diri semula. Walaubagaimanapun karenah manusia yg mendatang,,,ingatlah anda mempunyai banyak sahabat yg baik dan solehah!! Mengimpikan sebuah keluarga yg mawaddah wa rahmah..hakikatnya bermula dari diri..tarbiyah diri, generasi seterusnya ummah.
10 tahun dahulu,
10 hari yang lalu,
10 jam yang lalu,
atau mungkin 10 minit yang lalu.
Bagaimana rasanya kita ber"interaksi" dengan Allah s.w.t? Manusia di sekeliling kita? Makhluk lain yang sentiasa bertasbih di sekeliling kita? Dan bagaimana pula kita berinteraksi dengan musuh yang nyata; syaitan?
Teringat satu sms....dalam banyak-banyak musuh, hawa nafsulah musuh terhebat namun kita sering terlupa kepadanya. Ya..syaitanlah puncanya. Zionisme, serangan pemikiran dll...Namun kita perlu bermujahadah melawan nafsu (dapatkan solusi terbaru mengenainya). Hilangkan 'inferiority' dalam diri., teruskan usaha dan azam yang kuat........Kita bukanlah generasi yg hanyut...Semoga kita tergolong dalam golongan khairan ummah. Rujuk surah Al-Imran (3:110)
3:110. Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu mempercayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu yang lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.
Hidup ini adalah medan ujian untuk manusia sesuai dengan firman Allah,
"Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)."(Al-Mulk: 2)