Tengok je nasi ulam terus je mata ni terpandang tok.. tok giat membuat nasi ulam dulu2 masa sihat..skrg tok dh sakit, badan membongkok, lumpuh dan yg paling sedih nyanyuk..
jd, mama lah yg bertungkus lumus wat resepi ni balik..
Ramadhan terus berlalu...mmg best dok kat rumah. boleh masak..tp yg plg susah ialah mujahadah jauh pd tv.. Bulan Ramadhan mengenangkan banyak peristiwa dlm hidup ni..Masih ingat lg masa tok 'W' (jiran sebelah lumpuh), tiap2 hari kna p bg nasi.pastu kna tarik nafas dalam2, lekas2 p rumah dia(bersebelahan) yg. berbau..almaklumlah jiran tu lumpuh dan tidak terurus..
skrg penyakit lumpuh tu kena pada tok pula..masya-Allah.mmg agak sukar menguruskan orang tua. tiap bahagian anggotanya seperti melekat antara satu sama lain. sukar dimandikan..hari ni kak ipar bantu kami urus dia dengan penuh kasih syg. Untung bagdin dapat isteri penyabar..
Terfikir bagaimana nak hadapi masa tua nanti?
Di maktab selalu berbuka dengan akhwat dan kawan2..,junior n d program. Tahun ni takdapat berbuka dengan kelas seperti tahun sebelum ini. Masa kelas PSV berbuka di Bukit Ayer, saya telah direncanakan mengikuti program untuk kanak-kanak.(NAZIM) Mmg best join program ni..as traineer, sy teruja tengok budak2 bersemangat buat origami yg diajar sampai tak mahu berhenti. Syukran utk semua, terutama Kakjuna yg. byk membantu.
"Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia."
Ya Allah permudahkan urusan kami, ampunlah hambaMu, agar mendapat keredhaanMu. Sem ni tak dapat merencanakan tugasan dan aktiviti dengan begitu baik..Doakan sy agar mendapat jalan utk mengatasinya..
"Sesiapa yang memperbaiki hubungan dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungannya dgn manusia"
Ditujukan khas pada akhwat, n rkn PSV agar sm2 menghayatinya...
Layakkah Aku?
Aku manusia biasa
Penuh sifat mazmumah yang membelenggui diri
Dendam, marah, putus asa dan kecewa
Bukan itu yang aku impikan
Tapi aku ingat
Aku sememangnya tak layak
Untuk berkata dendam dan kecewa
Kenapa?
Aku kecewa
Untuk apa aku katakan aku kecewa?
Sedangkan usaha belom lagi aku lakukan
Imbas kembali detik kekasih Allah
Kembangkan syiar islam
Penuh onak dan duri
Dicaci dan dimaki sesuka hati
Tanpa rasa kecewa
Diajarkan jua umat manusia
Mencari hakikat ketuhanan yang Maha Esa
Agar berbahagia dunia dan akhirat
Untuk itu
Layakkah diriku ungkap kata 'kecewa'?
Dendam
Untuk apa aku berdendam
Hanya dek hati terguris
Oleh kata-kata yang menyakitkan
Atau perbuatannya yang kalampauan
Oh! Rugilah aku
Sedangkan Rasulullah
Hanya memaafkan umatnya
Lagi mendoakan
Mulia sungguh budi pekertinya
Tanpa perasaan dendam
Kepada sesiapa
Oh! Siapakah aku
Untuk berdendam?
Marah?
Lupakah aku pada hadith Rasulullah?
Daripada Abu Hurairah ra
Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Bukanlah seorang yang kuat itu,ialah orang yang kuat bergusti (tenaganya),
Tetapi, orang yang kuat itu
ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah
Tapi
Mengapa ia masih membelenggu diri
Bagaikan ada tali yang mengikatnya
Oh Tuhan
Syaitankah itu?
Ampuniku Ya Allah
Lindungilah diriku dari musuh-Mu
Oh Tuhanku
Aku hanya manusia biasa
Yang hina lagi dina
Yang penuh dosa kemaksiatan
Ampunilah aku
Permudahkan lah jalan-Mu
Bagiku juga umat manusia
Kejalan keredhaan-Mu
Penuh sifat mazmumah yang membelenggui diri
Dendam, marah, putus asa dan kecewa
Bukan itu yang aku impikan
Tapi aku ingat
Aku sememangnya tak layak
Untuk berkata dendam dan kecewa
Kenapa?
Aku kecewa
Untuk apa aku katakan aku kecewa?
Sedangkan usaha belom lagi aku lakukan
Imbas kembali detik kekasih Allah
Kembangkan syiar islam
Penuh onak dan duri
Dicaci dan dimaki sesuka hati
Tanpa rasa kecewa
Diajarkan jua umat manusia
Mencari hakikat ketuhanan yang Maha Esa
Agar berbahagia dunia dan akhirat
Untuk itu
Layakkah diriku ungkap kata 'kecewa'?
Dendam
Untuk apa aku berdendam
Hanya dek hati terguris
Oleh kata-kata yang menyakitkan
Atau perbuatannya yang kalampauan
Oh! Rugilah aku
Sedangkan Rasulullah
Hanya memaafkan umatnya
Lagi mendoakan
Mulia sungguh budi pekertinya
Tanpa perasaan dendam
Kepada sesiapa
Oh! Siapakah aku
Untuk berdendam?
Marah?
Lupakah aku pada hadith Rasulullah?
Daripada Abu Hurairah ra
Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Bukanlah seorang yang kuat itu,ialah orang yang kuat bergusti (tenaganya),
Tetapi, orang yang kuat itu
ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah
Tapi
Mengapa ia masih membelenggu diri
Bagaikan ada tali yang mengikatnya
Oh Tuhan
Syaitankah itu?
Ampuniku Ya Allah
Lindungilah diriku dari musuh-Mu
Oh Tuhanku
Aku hanya manusia biasa
Yang hina lagi dina
Yang penuh dosa kemaksiatan
Ampunilah aku
Permudahkan lah jalan-Mu
Bagiku juga umat manusia
Kejalan keredhaan-Mu
No comments:
Post a Comment